7.12.12

kenangan terindah and back to reality.

Assalamualaikum whbt..

Hari ini adalah hari kedua saya selepas balik dari sarawak untuk menghadiri Majlis Konvokesyen UiTM yang ke-77 sekarang saya officially pemegang Diploma Pengurusan Maklumat (IM110) (^,^)..
Ok back to reality..sekarang saya dah balik ke P.P...kembali pada assignment, test, presentation...kembali menjadi salah seorang pelajar UiTM P.P..kembali menghabiskan hari-hari yang bosan di P.P membuatkan saya rindu untuk berada di UiTM Sarawak...selama 3 tahun berada di sana, banyak kenangan pahit, manis, suka, duka yang tercipta..berada di sana membuatkan saya jadi matang, membuatkan saya untuk bertahan menimba ilmu sehingga ke tahap yang lebih tinggi, mengajar saya untuk menilai dan menghargai sebuah persahabatan yang terjalin..terima kasih untuk kenangan itu..

Utk Family ku tercinta:

Terima kasih sebab sokong saya untuk sambung belajar, sama ada bagi sokongan dari segi kewangan dan semangat..saya hargai sangat-sangat..walaupun masa konvokesyen saya hari tu saya seorang, saya faham, saya harap masa saya konvo untuk degree nanti kamu semua ada..saya nak semua family saya datang, saya nak kamu semua bangga dengan saya...saya akan pastikan saya dapat 1st class BHons..insyaALLAH...doakan saya..terima kasih bapa, terima kasih mama, terima kasih kakak2, abang2 dan adikku yang tercinta dan juga untuk anak2 buahku..rindu dengan kalian semua...rindu sangat-sangat...

Utk Lecturers tersayang:
  
Madams,Miss and Sirs..terima kasih sebab mencurahkan ilmu yang tidak ternilai, terima kasih sebab menjadikan kami seperti hari ini, terima kasih untuk nasihat, dorongan, doa dan kata-kata semangat untuk kami semua..tanpa ilmu yang di curahkan, kami kosong tanpa ilmu di dada..terima kasih banyak-banyak...jasa kalian amat di hargai..sampai akhirat pun belum tentu kami mampu membalas setiap jasa dan ilmu yang di curahkan...terima kasih!

Utk sahabat-sahabatku yang budiman:

Walaupun kita masih lagi berada di tempat yang sama, masih menuntut ilmu di tempat yang sama tapi kenangan yang lalu masih lagi tersemat indah dalam hati..banyak kenangan yang kita lalui, pahit manis,suka duka semuanya kita cipta bersama..walaupun ada diantara kita yang tidak lagi meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu bersama-sama, tidak mengapa..semoga setiap kenangan yang terukir mampu meneruskan lagi jalinan persahabatan yang sedia untuk terus bertaut sehingga akhirat nanti..semoga kita semua nanti akan berjaya mencapai impian yang di inginkan..terima kasih kerana kalian menjadi sahabat-sahabat yang sangat baik..bohong la kan kalau kita semua tidak rindu zaman diploma kita dulu, masa konvokesyen hari tu pun kita semua lepak seperti dah bertahun tidak jumpa padahal, masa degree ni kita semua dalam kampus yang sama cuma ambil bidang yang berbeza..bila lagi rasanya kita boleh lepak macam tu ya..hanya masa yang mampu menentukan...saya harap saya boleh datang sarawak lagi satu hari nanti...kamu semua adalah kenangan terindah masa diploma saya, dan akan sentiasa terukir di hati..semoga kita semua akan berjaya..Ammmiiiiinn...

Back to reality please..hahha..sekarang saya sudah berada di UiTM P.P tapi saya masih terasa seperti berada di sarawak, berada di UiTM sana..rindunya..masa dalam flight hari tu, kawan saya boleh pula menangis sebab tak mau balik P.P..apa nak buat kena la balik pada reality..kita bukan lagi diploma students, sekarang kita sudah melangkah ke tahap yang lagi tinggi untuk mencapai impian kita..kita kena terima hakikat yang kita sekarang semakin meningkat dewasa, dan perlu menempuh cabaran baru, mengalami pengalaman baru dan dunia baru...kita perlu menerjah awan untuk mencapai cita-cita kita...semoga kita semua akan lebih matang untuk menghadapi dugaan yang mendatang...ready la bersama mentality dan physical yang kuat untuk bertahan di sini..saya akui saya pun tidak akan mampu bertahan sekiranya saya berseorangan di sini tanpa orang-orang yang saya kenali tanpa kamu semua..

kamu-kamu semua, GAMBATE!

ingat, back to reality..ok!


sincerely,

-ziah sh-




my teAm foLLowerz