26.3.14

Rindu Tanpa Penghujung..

Awak,

Sudah sebulan awak menghilang, saya hampir putus asa untuk menunggu awak lagi tapi saya rindu kan awak..saya sentiasa rindukan awak..saya penat awak..penat rindukan awak..

Awak,

Saya tiba-tiba teringatkan lagu yang awak sebut hari kita jumpa, awak kata saya ini cinta satu malam awak..awak memang nak macam itu ke..awak cakap awak cuma gurau tapi sebenarnya awak memang maksudkan..baru sekarang saya faham..maafkan saya sebab jadi bodoh..

Awak,

Saya nak marah pun tidak akan mengubah apa-apa keadaan pun..betulkan awak..

Awak,

Ya ALLAH rindunya dekat awak, setiap kenangan saya bersama awak terbayang di mata saya..senyuman awak, suara awak, layanan awak..semuanya bermain di mata saya..awak, saya rindu sangat dekat awak..berilah saya semangat awak..saya sudah tidak mampu lagi awak..rindunya Ya ALLAH..:'(

Sampaikan rinduku padanya, Ya Alllah...AMINNN...

Cinta dan sayang,
-ziah sh-

22.3.14

Cerita tanpa akhirnya.

Awak,

Hari ini hari pertama saya kerja, hari yang panjang untuk di lalui tapi saya akan lalui dengan penuh tabah dan ikhlas agar apa yang saya perolehi lebih berkat kelak.. Kerja pertama yang perlu saya buat bila sampai tempat kerja ialah buka kedai, kerja yang sudah biasa saya lakukan untuk setengah bulan yang lepas tapi kali ini di tempat kerja yang berbeza dan bos yang berbeza..saya suka bos saya yang baru ini sebab dia sangat memahami dan sangat lembut yang paling penting dia terlibat dengan NGO, depan mata saya sudah terbayang nak ikut bos saya buat khidmat masyarakat..seronoknya kalau dapat ikut..lega sangat dapat buat khidmat masyarakat, rasa puas di hati saya itu seperti melepaskan rasa lelah dan puas bila berjaya tawan puncak gunung..hihi..

Awak,

2 malam lepas saya ada termimpikan awak, saya nak rasa gembira pun saya tidak pasti saya nak rasa sedih pun itu yang saya harapkan tapi mimpi itu terkadang cuma mainan tidur sahaja.. Awak nak tahu dalam mimpi saya, awak cakap kalau awak rindukan saya awak akan masuk minang saya..mimpi saya jadi tidak logikkan awak..tidak apa, sekurangnya dalam mimpi saya itu saya nampak awak walaupun kabur..cuma saya masih tidak mampu untuk hilangkan kenangan kita dari otak saya..sesak nafas saya sebab kenangan kita je..

Awak,

Semalam saya pergi downtown cheras..setiap laluan ke sana mengingatkan saya pada awak..mengingatkan kenangan kita sesat di kuala lumpur sepanjang subuh pagi buta hanya semata nak mencari tempat makan tapi akhirnya kita pilih untuk makan makanan fast food je sbb itu je yang kita jumpa..comel sangat awak masa nak cari tempat makan tu..rindunya saat tu awak..masa makan pula, perut saya bermasalah sampai masuk angin,awak pula yang risau sangat..kesian dekat awak..maaf sebab buat awak risau dengan keadaan yang sejuk masa tu buat perut saya makin teruk sampai saya tak boleh nak makan pun..awak nak suap pun saya tak nak, awak nak sumbat mulut saya dengan burger McD yang besar tu memang tak muat, awak kecikkan pun tak muat juga..awak layan je saya masa tu kan..kesian awak..maaf..awak, saya semakin rindukan awak..rindu sangat-sangat..saya terseksa..

Awak,

Satu masa nanti, saya terpaksa untuk lupakan awak sebab saya nak masukkan memori yang baru pula untuk kebahagiaan saya tapi masa sekarang ini saya masih tidak mampu untuk format semua kenangan kita itu awak..

Rindu awak selalu..

Cinta dan sayang,

-ziah sh-

17.3.14

Rindu ku datang lagi.

Awak,

Hari ini rindu saya makin menjadi-jadi sehinggakan saya jadi sesak nafas sebab rindu dekat awak..saya terpaksa tarik nafas dalam-dalam untuk perbetulkan pernafasan saya..Ya ALLAH sakitnya rindukan orang yang telah hilang dari hidup kita..awak, saya rindukan sayang awak, saya rindukan perhatian awak..kemana awak pergi..

Awak,

Saya penat rindu dekat awak setiap hari tapi saya tak mampu buang rasa rindu ini..selagi saya mampu saya akan teruskan..berilah saya kekuatan awak..berilah semangat untuk saya..Ya ALLAH alangkah indahnya jika hati ini terus berubah untuk tidak merindukan dia lagi, alangkah bahagianya sekiranya hati ini terus tunduk kepadamu, Ya ALLAH..

Awak,

Kenapa awak tinggalkan kenangan yang begitu memberi kesan pada hati saya ini awak, adakah saya yang terlalu cepat memberi hati pada awak..betul apa orang kata cinta tak mungkin berhenti secepat saat kita jatuh hati, walaupun dia sudah pergi, cinta kita untuk dia tidak akan berubah jadi benci tapi kita yang harus merangkak sedikit demi sedikit untuk sembuhkan hati kita ini.

Awak,

Banyak sangat yang saya nak ceritakan pada awak tapi awak tak ada untuk dengar semua tu,dulu saya selalu mengadu dekat awak kan..rindunya..:'( awak sudah pergi, sudah tak ada orang yang nak degar saya membebel..adakah saya akan jumpa orang yang sama seperti awak lagi lepas ini? Saya harap saya tidak akan jumpa seperti awak sebab saya tak nak hati saya mati lagi lepas awak hilang entah kemana..

Awak,

Terima kasih sebab pernah hangatkan hati saya, terima kasih sebab bahagiakan saya, terima kasih awak..Ya ALLAH kenapa saya terlalu ingatkan dia Ya ALLAH..berikan hambamu ini petunjuk Ya ALLAH..sakitnya! :'(

Awak,

Saya tertanya-tanya apa penyebab awak hilang entah kemana sekarang ini..adakah sebab orang lain ataupun sesuatu perkara berlaku..saya masih keliru..awak, dulu awak pernah berbicara tentang jodoh dengan saya, aturan jodoh kita seperti ini ke atau awak yang tidak mampu untuk teruskan bicara tentang jodoh itu..tidak mengapa awak, saya cuma berharap awak datang untuk kembalikan semangat dan kekuatan saya yang awak bawa pergi entah kemana..

Awak,

Ingat tak janji kita apa..saya harap walaupun awak sudah hilang entah kemana awak masih ingat perjanjian yang kita buat itu walaupun kita tidak dapat tunaikan bersama-sama..cukuplah sekadar janji itu mampu mengingatkan awak pada saya nanti bila masa itu telah tiba..ingat tarikh itu awak..awak kata tarikh tu cantik..saya akan ingat tarikh itu sampai bila-bila pun sebab itu janji kita..awak, saya sayang awak..saya tidak pernah mengaku pada awak yang saya sayangkan sebab saya tak nak awak pergi jauh sebab awak pun tidak pernah mengaku awak sayangkan saya..kalau saya tahu awak akan menghilang saya akan beritahu awak setiap hari yang saya sayangkan awak..:')

Awak,

Satu masa nanti saya akan berhenti berbicara tentang awak, saya harap masa itu awak akan sedar saya bukan seperti dulu lagi..insyaALLAH di masa yang tepat, kita berdua akan hidup dalam keadaan bahagia dengan dua kehidupan yang berbeza cuma kenangan yang akan menghubungkan kita..insyaALLAH..doakan saya, awak :')..

Terima kasih :')

Cinta dan sayang,
-ziah sh-

16.3.14

Untuk awak..

Awak,

Hari ini, hari kedua saya nak pergi jogging tapi ALLAH SWT bagi halangan pada saya dengan menurunkan hujan, Dia tak bagi saya pergi jogging seorang diri..mungkin ada perkara yang Dia ingin jauhkan dari saya..walaupun saya tahu hujan yang Dia turunkan di bumi shah alam ini untuk menghilangkan jerebu untuk membersihkan udara di shah alam ini..Terima Kasih Ya ALLAH..

Awak,

Nak tahu tak, saya pergi jogging sebab saya tak nak teringatkan awak sangat-sangat..saya rasa lega bila saya penat berlari sebab sepanjang saya lari, saya tidak ingat pada awak saya lega tapi bila saya berhenti ingatan saya pada awak datang semula..kenapa kehadiran awak sangat memberi kesan pada saya,pada hati saya ini awak..setiap hari saya teringat dekat awak,saya penat tapi saya tidak mampu hilangkan awak dari ingatan dan hati saya..awak tahu tak saya terseksa..mungkin awak bahagia di sana..insyaALLAH awak bahagia di sana..betulkan awak..aminn.. :')

Awak,

Tahu tak saya baru sedar hari ini, setiap kali saya pejam mata saya nampak bayangan awak, saya nampak senyuman awak pada saya..kalau ikutkan hati saya ini, saya tak nak buka mata sebab dengan cara itu saya mampu kurangkan kerinduan saya pada awak..tapi sampai bila saya akan pejam mata? Bila saya buka mata ingatan saya pada awak datang lagi..awak, saya terseksa awak..

Awak,

Sampai bila saya akan jadi seperti ini awak..doakanlah hati saya akan lupakan awak, doakanlah saya walau dimana pun awak berada..berilah saya peluang untuk rasa bahagia dengan orang lain seperti mana awak bahagia dengan orang lain juga..awak, tolong saya hentikan rasa sakit dalam hati saya ini awak..rasa sakit rindu dengan awak..walaupaun awak menghilang tanpa khabar saya masih mengharap untuk awak berikan saya petunjuk tentang diri awak..

Awak,

Setiap hari saya berdoa, supaya ALLAH SWT sampaikan rasa dan doa saya dalam hati awak..saya akan bersabar sehinggalah ALLAH SWT makbulkan doa saya itu..insyaALLAH :)

Awak,

Awak tahu tak selalunya setiap hari saya akan ada awak untuk temani saya walaupun awak tak lama tapi mampu memberi kesan yang hebat..

Awak,

Bangun dan tidur saya, awak sentiasa ada..cuma beberapa hari sebelum awak menghilangkan diri, awak berubah..bila saya luahkan dekat awak, awak kata awak masih sama tapi saya yang rasa..bila saya cakap awak ada orang lain, awak nafikan sampai awak menangis sedih..saya minta maaf awak..saya tak tahu awak maksudkan atau awak cuma nak sembunyikan apa yang sepatutnya..saya tak tahu..pernah sekali saya balik dari kerja, awak tanya saya sudah makan atau belum, saya cakap belum..comel sangat awak risaukan saya..sampaikan awak sedih sebab saya tak makan dan takut perut saya masuk angin..awak..awak..kenapa awak comel sangat risau macam itu sekali..saya yang risaukan awak yang sakit boleh pula awak risaukan saya tak makan..sampaikan pagi esoknya sebelum saya pergi kerja awak ingatkan saya untuk makan..awak, saya akan selalu ingat pesan awak untuk ambil sarapan pagi walaumacamana sekalipun..awak kata sarapan pagi itu untuk elak kita marah di awal pagi..

Awak,

Kawan-kawan saya, pensyarah saya perasan saya makin kecil tapi saya rasa saya sama tak berubah..cuma saya perasan bila saya makan saya tak hayati apa yang saya makan sebab saya ingat dekat awak..saya makan sambil mengelamun..teruknya saya sekarang..Ya ALLAH bila saya nak berubah ni..

Awak,

Makanan yang awak suka Western food, pertama kali saya masak untuk awak ialah spaghetti carbonara..masa itu awak baru balik dari kedah, walaupun sudah tengah malam awak sampai shah alam, awak sanggup datang jumpa saya..awak tahu tak, apa yang saya rasa masa awak cakap, " yang, mlm ni jumpa kejap ok" saya tak boleh fikir sampai saya cakap "bukan awak dalam bas ke" lepas tu awak gelak "yang, saya dalam keta ni, tgh drive" ok saya baru faham awak bawa kereta..sepanjang tunggu awak sampai, saya kalut tapi awak kata jauh lagi perjalanan..bila awak sudah ada depan mata, saya tak tahu nak cakap apa lebih-lebih lagi bila awak sanggup datang dengan sakit kepala..kesian saya dengan awak..kalau saya tahu awak sakit kepala masa itu, saya tak nak bagi awak minum kopi..awak bawa jalan tak jauh pun, lepak dekat petronas, lepas tu awak makan spaghetti carbonara yang saya masak untuk awak..bila saya cakap, kalau tak sedap jangan komen, awak gelak je lepas tu awak cakap sedap..saya tak tahu betul ke tidak..tapi sekarang semua tu sudah jadi kenangan sebab awak sudah pergi menghilangkan diri sampaikan saya sudah tidak tahu nak buat apa..

Awak,

Saya cuma berharap doa dan rasa rindu saya akan sampai pada awak dan Dia Yang Maha Besar lagi Maha Pemurah akan memakbulkan segala-galanya..aminnn..

Rindu dan sayang,
-ziah sh-

15.3.14

Rezeki dari ALLAH SWT..

Alhamdulillah..syukur pada ALLAH SWT..semoga di permudahkan perjalanan hidupku pada tahun ini..

Hari ini berjalan seorang diri, mencari sesuatu yang tidak pasti, betullah kata orang , jika kita berbudi orang berbahasa pada kita..jika kita hormati orang yang lebih tua,insyaALLAH mereka akan menyenangi kita sampai bila-bila..aminn..

Ya ALLAH, semoga di permudahkan segala urusanku..

Bermula hujung minggu depan aku akan mula bekerja separuh masa bukan atas dasar tamak tapi untuk menampung perbelanjaan harian dn mengurangkan beban keluargaku sendiri..sesungguhnya rezeki ALLAH SWT itu luas, sekiranya kita memudahkan urusan orang lain dengan penuh ikhlas insyaALLAH, Dia juga akan berbuat hal yang sama pada kita..

Terima kasih untuk rezeki yang Engkau berikan Ya ALLAH..Peliharalah diriku dari menjadi orang yang tamak dan dengki pada orang lain..jauhi diriku dari perkara yang jahat..sesungguhnya hanya kepada-MU aku bermohon..aminn..

Berkatilah perjalanan hidupku..aminnn..

cinta dan sayang,

-ziah sh-

14.3.14

Hilang kemana?

Awak,

Sudah hampir sebulan awak menghilang, saya tak tahu awak kemana..saya risau awak..saya buat salah dekat awak ke?

Awak,

Saya akan faham kalau awak ada orang lain tapi saya cuma mengharapkan awak akan bagitahu saya supaya saya tak tunggu awak lagi..sekiranya awak bahagia dengan dia,saya akan gembira awak..cuma saya takut perkara lain yang berlaku dengan awak..

Awak,

Beri saya petanda agar saya boleh hilangkan kerisauan dan keresahan hati saya ini..berilah saya petanda walau dengan apa cara sekalipun..saya merayu..

Awak,

Saya jatuh hati dengan awak bukan sebab awak hensem ataupun pekerjaan awak tapi saya jatuh hati dengan awak sebab awak layan saya seperti puteri, awak jaga semua hak saya seolah ianya adalah hak awak..

Awak,

Mungkin awak fikir saya akan berputus asa dengan awak bila awak sibuk dan tiada masa untuk saya tapi saya tak awak..saya bersabar dan bertahan walaupun kekadang awak tiada masa untuk saya sebab saya faham itu adalah tanggungjawab awak pada agama,masyarakat dan negara..

Awak,

Saya rindukan awak sangat sehinggakan saya tidak tahu bagaimana nak ungkapkan lagi..saya cuma harapkan awak akan datang pada saya walaupun sekejap dan sekiranya awak ingin pergi saya cuma nakkan awak beritahu saya agar saya boleh persiapkan hati saya untuk jadi lebih kuat..sekiranya saya boleh tunjukkan pada awak sekarang, saya akan tunjukkan pada awak betapa rapuhnya saya di sebabkan kehilangan awak tanpa kesediaan yang kuat.

Awak,

Saya berdoa kepada ALLAH SWT semoga hati awak akan terbuka dan rasa apa yang saya rasakan sekarang..rasa rindu..tapi sekiranya awak sudah tidak seperti awak lagi, awak berilah saya petunjuk dengan cara apa sekalipun..saya rindukan perhatian awak, saya rindukan cara awak manjakan saya..saya rindu segala-galanya tentang awak..

Saya tunggu awak..

With love,
Ziah sh

my teAm foLLowerz