14.3.14

Hilang kemana?

Awak,

Sudah hampir sebulan awak menghilang, saya tak tahu awak kemana..saya risau awak..saya buat salah dekat awak ke?

Awak,

Saya akan faham kalau awak ada orang lain tapi saya cuma mengharapkan awak akan bagitahu saya supaya saya tak tunggu awak lagi..sekiranya awak bahagia dengan dia,saya akan gembira awak..cuma saya takut perkara lain yang berlaku dengan awak..

Awak,

Beri saya petanda agar saya boleh hilangkan kerisauan dan keresahan hati saya ini..berilah saya petanda walau dengan apa cara sekalipun..saya merayu..

Awak,

Saya jatuh hati dengan awak bukan sebab awak hensem ataupun pekerjaan awak tapi saya jatuh hati dengan awak sebab awak layan saya seperti puteri, awak jaga semua hak saya seolah ianya adalah hak awak..

Awak,

Mungkin awak fikir saya akan berputus asa dengan awak bila awak sibuk dan tiada masa untuk saya tapi saya tak awak..saya bersabar dan bertahan walaupun kekadang awak tiada masa untuk saya sebab saya faham itu adalah tanggungjawab awak pada agama,masyarakat dan negara..

Awak,

Saya rindukan awak sangat sehinggakan saya tidak tahu bagaimana nak ungkapkan lagi..saya cuma harapkan awak akan datang pada saya walaupun sekejap dan sekiranya awak ingin pergi saya cuma nakkan awak beritahu saya agar saya boleh persiapkan hati saya untuk jadi lebih kuat..sekiranya saya boleh tunjukkan pada awak sekarang, saya akan tunjukkan pada awak betapa rapuhnya saya di sebabkan kehilangan awak tanpa kesediaan yang kuat.

Awak,

Saya berdoa kepada ALLAH SWT semoga hati awak akan terbuka dan rasa apa yang saya rasakan sekarang..rasa rindu..tapi sekiranya awak sudah tidak seperti awak lagi, awak berilah saya petunjuk dengan cara apa sekalipun..saya rindukan perhatian awak, saya rindukan cara awak manjakan saya..saya rindu segala-galanya tentang awak..

Saya tunggu awak..

With love,
Ziah sh

5.1.13

cantik itu relatif dan subjektif !

Napa ya saya menulis tentang CANTIK? saya terbaca tentang nukilan ni dalam majalah Solusi..sebenarnya pertama kali baca..kesian :(..

Apa sebenarnya yang anda semua faham tentang istilah cantik? kaum adam mesti terfikir tentang bakal isteri yang akan mereka kahwini, cantik ke tak bakal isteri mereka..kaum hawa pula mesti nak cantik sentiasakan..Hamba ALLAH SWT mana yang tak nak cantik tapi ALLAH SWT itu maha adil kan...anda faham maksud saya?

Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder. cita rasa manusia tentang kecantikkan tidak sama,malah ia juga berubah-ubah mengikut masa,usia dan keadaan tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya.

Kecantikkan seseorang tidak sama tafsirnya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikkan kepada budi dan akhlak manakala pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus pada kecantikkan wajah dan daya tarikkan seksual.

Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan bila asyik marah-marah dan ?merampus?, sebaliknya wanita yang sederhana sahajan wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa senyum, sedia membantu dan memahami hati. Bak kata orang, " Jangan menjadi seorang wanita yang sedap di mata tetapi sakit di hati".

p/s - YANG TERTUTUP ITU INDAH! :)

sincerely,
ziah sh.

my teAm foLLowerz