7.12.12

kenangan terindah and back to reality.

Assalamualaikum whbt..

Hari ini adalah hari kedua saya selepas balik dari sarawak untuk menghadiri Majlis Konvokesyen UiTM yang ke-77 sekarang saya officially pemegang Diploma Pengurusan Maklumat (IM110) (^,^)..
Ok back to reality..sekarang saya dah balik ke P.P...kembali pada assignment, test, presentation...kembali menjadi salah seorang pelajar UiTM P.P..kembali menghabiskan hari-hari yang bosan di P.P membuatkan saya rindu untuk berada di UiTM Sarawak...selama 3 tahun berada di sana, banyak kenangan pahit, manis, suka, duka yang tercipta..berada di sana membuatkan saya jadi matang, membuatkan saya untuk bertahan menimba ilmu sehingga ke tahap yang lebih tinggi, mengajar saya untuk menilai dan menghargai sebuah persahabatan yang terjalin..terima kasih untuk kenangan itu..

Utk Family ku tercinta:

Terima kasih sebab sokong saya untuk sambung belajar, sama ada bagi sokongan dari segi kewangan dan semangat..saya hargai sangat-sangat..walaupun masa konvokesyen saya hari tu saya seorang, saya faham, saya harap masa saya konvo untuk degree nanti kamu semua ada..saya nak semua family saya datang, saya nak kamu semua bangga dengan saya...saya akan pastikan saya dapat 1st class BHons..insyaALLAH...doakan saya..terima kasih bapa, terima kasih mama, terima kasih kakak2, abang2 dan adikku yang tercinta dan juga untuk anak2 buahku..rindu dengan kalian semua...rindu sangat-sangat...

Utk Lecturers tersayang:
  
Madams,Miss and Sirs..terima kasih sebab mencurahkan ilmu yang tidak ternilai, terima kasih sebab menjadikan kami seperti hari ini, terima kasih untuk nasihat, dorongan, doa dan kata-kata semangat untuk kami semua..tanpa ilmu yang di curahkan, kami kosong tanpa ilmu di dada..terima kasih banyak-banyak...jasa kalian amat di hargai..sampai akhirat pun belum tentu kami mampu membalas setiap jasa dan ilmu yang di curahkan...terima kasih!

Utk sahabat-sahabatku yang budiman:

Walaupun kita masih lagi berada di tempat yang sama, masih menuntut ilmu di tempat yang sama tapi kenangan yang lalu masih lagi tersemat indah dalam hati..banyak kenangan yang kita lalui, pahit manis,suka duka semuanya kita cipta bersama..walaupun ada diantara kita yang tidak lagi meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu bersama-sama, tidak mengapa..semoga setiap kenangan yang terukir mampu meneruskan lagi jalinan persahabatan yang sedia untuk terus bertaut sehingga akhirat nanti..semoga kita semua nanti akan berjaya mencapai impian yang di inginkan..terima kasih kerana kalian menjadi sahabat-sahabat yang sangat baik..bohong la kan kalau kita semua tidak rindu zaman diploma kita dulu, masa konvokesyen hari tu pun kita semua lepak seperti dah bertahun tidak jumpa padahal, masa degree ni kita semua dalam kampus yang sama cuma ambil bidang yang berbeza..bila lagi rasanya kita boleh lepak macam tu ya..hanya masa yang mampu menentukan...saya harap saya boleh datang sarawak lagi satu hari nanti...kamu semua adalah kenangan terindah masa diploma saya, dan akan sentiasa terukir di hati..semoga kita semua akan berjaya..Ammmiiiiinn...

Back to reality please..hahha..sekarang saya sudah berada di UiTM P.P tapi saya masih terasa seperti berada di sarawak, berada di UiTM sana..rindunya..masa dalam flight hari tu, kawan saya boleh pula menangis sebab tak mau balik P.P..apa nak buat kena la balik pada reality..kita bukan lagi diploma students, sekarang kita sudah melangkah ke tahap yang lagi tinggi untuk mencapai impian kita..kita kena terima hakikat yang kita sekarang semakin meningkat dewasa, dan perlu menempuh cabaran baru, mengalami pengalaman baru dan dunia baru...kita perlu menerjah awan untuk mencapai cita-cita kita...semoga kita semua akan lebih matang untuk menghadapi dugaan yang mendatang...ready la bersama mentality dan physical yang kuat untuk bertahan di sini..saya akui saya pun tidak akan mampu bertahan sekiranya saya berseorangan di sini tanpa orang-orang yang saya kenali tanpa kamu semua..

kamu-kamu semua, GAMBATE!

ingat, back to reality..ok!


sincerely,

-ziah sh-




29.11.12

conscious and subconscious..

Assalamualaikum...

hari ini, keja photostate untuk soalan data analisis selesai tapi nak mengedarkan soalan tu agak payah juga nak lakukan seorang-seorang...minggu depan data dah di perlukan..migrainnya fikir..
lumrah jadi seorang pelajar memang macam inikan...

hari-hari kita di penuhi procedure kan....setiap perkara pun kena ikut procedure...perkara apa yang tak memerlukan procedure ya? - soalan untuk diri saya dan awak semua juga..:P

jom tengok otak..:P



hari ini saya dapat tips yang amat berguna, yang amat memotivasikan diri..
pensyarah saya kata, orang di sekeliling kita ni ada yang jadi energy sucker..lawak tapi bila di fikirkan betul kata pensyarah saya tu, jadi untuk mengelakkan semua ni jadi, berfikir la secara positif...itu je cara terbaik...

Pensyarah saya bertanyakan satu soalan pada kami, soalan dia macam ni.."awak semua kalau bangun setiap pagi akan rasa apa? mesti awak semua akan cakap, malasnya nak pg kelas..boringnya..." pensyarah saya bagi tips yang sangat lawak tapi berguna..dia kata, setiap pagi bila bangun, cakap macam ni kuat-kuat " Ziahhh, hari awakk harii nii akan jadii hebatt!!" opss! bila jerit macam tu guna nama sendiri la ok..buat setiap hari 7 kali berturut-turut..awak semua tak kan rasa malas lagi bila bangun dari tidur setiap pagi..

Pensyarah saya ada bagi tips lagi kalau kita nak capai impian kita..dia kata berdiri depan cermin, lepas tu kita cakap tentang impian kita depan cermin tu...buat setiap hari dan ulang apa yang kita cakapkan tu..kita pasti akan capai, yang penting usaha kena lebih...

Dia kata semua yang kita lakukan setiap hari akan di setkan dalam otak subconscious kita, jadi secara tidak langsung kita akan double up usaha kita untuk capai apa yang kita nak...saya pun tak tau betul ke tak...kalau nak tau keputusannya, kita kena cuba sendirikan...

Saya akan cuba..biar la orang nak kata apa saya akan cuba juga..

ok iklan sikit..rindu kt M.R..

dia buat apa eh?

ni masuk mana eh, subconscious ke conscious ni?

ok bye..:P

-sincerely-

ziah sh

my teAm foLLowerz