12.3.12

seseorang yang pernah aku anggap S.A.H.A.B.A.T

         Dulu, aku ada seorang sahabat, ya memang seseorang yang layak aku panggil seorang sahabat yang sangat baik,yang boleh aku percaya,yang boleh aku bercerita apa-apa sekali pun dan aku yakin dia akan simpan sampai mati setiap cerita yang kami kongsi..tapi, segala keyakinan aku, kepercayaan aku pada dia mungkin hanya sampai setakat ini...gelaran sahabat untuk dia juga hanya setakat ini, selepas ini kau bukan lagi sahabat aku..sampai aku mati pun kau bukan lagi seseorang yang aku boleh anggap seorang sahabat dan bagi aku, antara kita memang tak pernah ada perkataan sahabat sejak kau dah langgar batas sebagai seorang sahabat...tak perlu kau nak post dalam laman sosial kau cuma sekadar kau nak puaskan hati kau sendiri...tak perlu kau nak post semua tu untuk sedarkan aku..tak perlu kau nak guna ayat-ayat yang memang akan menjatuhkan maruah kau sebagai seorang perempuan..semua tu tak perlu sebab aku memang sedar diri aku siapa, aku tak pernah mengaku aku cantik dan aku tak pernah mengaku aku kurus dan untuk pengetahuan umum, aku ni GEMUK ya...aku bukan orang yang tak sedar diri..aku dah lama sedar diri sejak aku mula kenal orang yang macam kau..kau tak perlu nak heboh dengan semua orang yang aku ni kenja @ gatal dengan suami orang...tak perlu kau nak heboh dengan semua orang tentang ex boyfriends aku..memang aku mengaku dulu aku pernah bercinta dengan suami orang tapi aku pernah cakap nak kahwin dengan suami orang?aku pernah cakap aku nak runtuhkan rumahtangga orang?? tak pernahkan? itu dulu sebelum aku tahu dia suami orang..aduh jangan la nak heboh tentang jalan hidup aku...ex boyfriends aku memang semua orang jauh bagi aku tu bukan masalah pun..bagi aku tu cara yang paling bagus untuk elak benda yang tak bagus jadi kan...aku tak kisah kau nak cakap semua ex boyfriends aku invisible..aku tak kan pernah kisah sebab aku yakin jodoh aku, aku boleh jumpa di mana-mana pun...kau nak tahu boyfriend aku sekarang cam mana? biar aku cerita k, boyfriend aku merangkap kawan baik aku, dia tak hensem tapi hati dia sangat baik, dia terima segala kekurangan yang ada dalam diri aku, dengan dia, aku boleh cakap, kongsi dan apa-apa sekali pun...segala perkataan yang keluar dari mulut dia tidak pernah menyakitkan aku dan lagi penting dia tidak pernah cakap kurang ajar dengan aku sebab dia sangat hormat dengan seorang perempuan...walaupun kami jauh tapi dia tak pernah cari perempuan lain, dah setahun kami jauh macam ni tapi hubungan kami tetap macam ni, walaupun kami gaduh tapi kami tidak pernah gaduh sampai nak memaki hamun, guna ayat-ayat kotor, dan dia tidak pernah sekali pun cakap aku ni seorang perempuan yang kurang ajar...aku harap hubungan ni kekal sampai akhirat, kalau pun kami tak ada jodoh, tak apa, aku tak kan pernah memaksa sebab aku tahu setiap orang itu ada pasangannya tersendiri....untuk pengetahuan kau, aku sangat hormat dengan dia sebab dia adalah sebaik-baik lelaki yang pernah aku kenal dan sangat memahami.....kau puas hati dengan cerita aku?bantai la kalau kau kata boyfriend aku invisible, ada aku kisah?? tak pernah pun...

       Aku mungkin boleh maafkan kau tapi untuk lupakan apa kau buat tidak akan pernah sekali pun, kau boleh kata aku ego,aku tak kisah sebab aku memang macam itu..once orang dah langgar batas sebagai seorang sahabat, bagi aku hubungan sebagai sahabat tu dah berakhir..sangat rugi bila kita bersahabat dengan orang yang tak mampu untuk terima kesalahan diri dia sendiri, sangat rugi bila kita tidak dengar nasihat dari seorang sahabat yang tak ingin melihat sahabatnya sendiri menangis terseksa di sebabkan sesuatu yang sangat kecil...sangat rugi bila kita menggatakan kebodohan orang lain tapi diri kita juga sebenarnya sangat bodoh...sangat rugi bila kita menggatakan orang lain lemah tapi sebenarnya diri kita sangat lemah...sangat rugi sebenarnya bila kita mencuba untuk mencari kesalahan orang lain tapi kesalahan diri kita sendiri terbentang luas di depan mata...sampai bila semua tu? aku menulis semua ni bukan untuk berceramah atau bercakap benda yang mengarut, aku tahu bila diri kita sudah marah semua benda jadi tidak betul dan kita memang tidak akan dapat berfikir dengan waras...YES! aku pun sedar bila aku marah semua benda aku tak kan fikir akibatnya melainkan aku lepaskan kemarahan aku tu...aku orang islam, aku tahu marah itu hasutan syaitan tapi aku selalu kalah bila aku marah...walaupun aku kalah dengan kemarahan aku tapi aku tidak akan pernah sekali pun menyamakan sahabat aku dengan binatang yang sangat menjijikkan bagi aku...lupa! bekas sahabat aku...

         Aku berhak untuk marah sebab kau bermain dengan maruah aku tapi tak apa satu hari nanti kau akan rasa seperti apa yang aku rasa sekarang..kau tau kan mulut aku sangat masin, bila aku kata macam tu maknanya benda tu akan terjadi cuma cepat atau lambat je...aku yakin dengan hukum karma...aku tau mesti sekarang ni laman sosial kau dah penuh dengan ayat-ayat power yang kau tujukan untuk aku kan..tak apa, yang penting aku tak baca..cukup sekali jak aku baca dan aku yakin memang bersambung cerita kau tu..mesti kau akan hebohkan banyak lagi keburukan yang ada dalam diri aku ni tapi tak apa, cerita jak la aku pun mahu tahu apa reaksi orang tapi kau jangan lupa setiap apa yang kau buat tu tentu akan ada balasan...sekali lagi aku katakan HUKUM KARMA tu pasti akan berlaku...
 
         Kau sedar tak, kau halakan satu jari untuk aku tapi empat jari kau lagi semua kearah diri kau sendiri..kau sedar tak tu...kalau tak sedar cuba kau buat sendiri,setiap kali kau ada masalah dengan orang cuba kau halakan satu jari kat orang tu dan cuba tengok apa yang jadi...cara ni sangat berkesan untuk sedarkan diri sendiri sebenarnya...aku bukan cakap untuk kebaikan diri kau seorang tapi untuk diri aku juga...jangan anggap perkara yang terjadi itu seratus peratus kesalahan orang lain tapi sebenarnya penyumbang yang terbesar kepada permasalahan tu adalah dari diri kita sendiri...orang lain cuma sepuluh peratus tapi yang lagi sembilan puluh peratus adalah diri kita...cuba la fikir dengan otak logik, kita ada otak dan kita boleh berfikir..kalau malas nak fikir, baik letak otak tu dalam kotak dan letak dalam almari, tak payah pakai otak..lagi senang tak payah susah-susah nak fikir dan tak payah nak bebankan diri sendiri bawa otak tu kesana-kemari...aku bercakap senang, memanglah senang sebab aku tulis je kan bukan nak angkut lori pun..kalau tak senang, orang tak kan sesedap mulut jak nak menggata orang lain...memandangkan aku sedar diri aku bodoh, jadi aku pun boleh kata kau bodoh...kita sama-sama bodoh...kalau aku babi, kau pun babi sebab aku manusia dan kau pun manusia kan? so tak ada beza pun sebenarnya....jangan ikut suka hati kata orang babi, jangan ikut suka hati kata orang bodoh...guna hak berfikir sebelum hak bersuara bai...setakat ni yang aku mampu tulis, berkarat otak aku fikir semua tentang kau, kalau aku tulis semua, sampai tahun depan tak habis...dah la buang masa aku yang berharga ni jak fikir tentang diri kau yang asyik nak salahkan orang lain jak...WEKK! marah jak la...marah puas-puas..ingat! hidup kita ni ibarat roda..nnt kau akan tetap turun kebawah...jangan rasa diri tu sentiasa di atas ok...

-to be continued-

sincerely,
ziah sh

No comments:

Post a Comment

my teAm foLLowerz